Menjelang 2007, saya dikurniakan anak kedua, dan tugasan baru menanti saya sebagai tukang cuci. Kalau sebelum ini saya perlu bertugas di waktu awal pagi, kini saya perlu bertugas di waktu malam selepas waktu bekerja.
Saya dipasangkan dengan seorang wanita dalam lingkungan umur 50-an. Berkaca mata, rambutnya sudah putih keseluruhannya, dan dia berbangsa Welsh. Sudah menjadi kebiasaan, golongan makcik ini memang peramah dan banyak ceritanya. Melaluinya, baru saya tahu yang bahasa ibunda Wales ialah Welsh, dan bahasa keduanya barulah bahasa Inggeris. Mujurlah dia tidak bercakap Welsh dengan saya, walaupun kadang-kadang saya kurang faham loghat bahasa Inggerisnya.
Continue reading →