Kembara PhD – Cerita Jadi Motivasi

Cerita Jadi MotivasiPagi tadi dalam perjalanan saya ke tempat kerja, telefon saya berbunyi menandakan ada mesej masuk ke FB.

Saya dapat mesej seperti yang tertera di gambar.

Allah, di pagi Jumaat ini, saya rasa ini hadiah yang amat bermakna bila mana ada sedikit manfaat yang anda dapat dari apa yang saya kongsi. Saya pun makin bersemangat untuk menulis.

Ada orang bertanya saya, tak segan ke nak cerita tentang kegagalan? Awak kan budak pandai. Tak pernah gagal.

Jujur saya katakan, ia bukan mudah. Siapa di kalangan kita yang sanggup mengaku bahawa dia seorang yang gagal? Amat jarang kita jumpa status yang bercerita tentang gagal. Yang banyaknya, berkongsi kejayaan, kemewahan dan perkara yang gembira sahaja.

Itu sunnatullah. Itu naluri manusia biasa. Itu normal.

Yang tidak normal mungkin saya, seolah-olah membuka pekung di dada. Tapi saya berpegang dengan satu tekad. Sejak saya pulang ke Malaysia selepas gagal menamatkan pengajian, saya berazam untuk berkongsi pengalaman saya dengan seramai mungkin rakan-rakan yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD.

Sebab apa?

Sebab saya tak mahu mereka gagal seperti saya.

Sebab saya tahu, pengalaman itu amat pedih.

Sebab dulu, ramai juga yang gagal sebelum saya tapi tidak ada yang memberi peringatan kepada saya. Itu tak mengapa, sebab saya katakan tadi, itu naluri manusia biasa, saya pun tak ambil hati.

Tapi saya, biar saya buang jauh-jauh perasaan malu dan segan itu. Biar saya berdepan dengan anda semua dan sampaikan, agar cerita ini dijadikan iktibar, dan anda tak perlu lalui apa yang saya lalui.

Semoga jalan anda semua lebih lancar dan terang, saya doakan inshaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>