Kembara PhD – Petik Strawberi di Musim Panas

Petik Strawberi di Musim BungaSiapa suka makan strawberi?

Saya rasa kalau tanya budak-budak, kebanyakannya memang suka gula-gula perisa oren atau strawberi

Untunglah di Southampton, ada ladang strawberi berdekatan. Lebih kurang 20-30 minit perjalanan dengan kereta, sampailah ke sana. Pickwell Farm namanya.

Sebelum pergi, saya dah siapkan perut yang kosong. Sebab di sana, boleh petik strawberi sambil makan. Tapi tidaklah makan selamba tanpa membeli. Adalah juga sekilo dua yang dipetik dan dibawa pulang untuk hidangan di rumah.

Dulu tiap-tiap kali musim panas saya pergi ke sana bersama keluarga dan adik-adik junior. Anak saya Handzalah memang paling suka pergi. Makan strawberi sampai merah mulut dan pipi dengan strawberi.

Ladangnya bersih. Di antara batas-batas strawberi itu, boleh baring-baring ala Hindustan.

Menariknya di sini, bukan setakat strawberi saja yang ada bahkan segala macam ‘berry’ yang lain pun turut ditanam contohnya raspberry, blueberry, dan blackberry. Berry yang pelik macam gooseberry dan tayberry pun ada. Yang pelik-pelik ini saya takut sikit nak rasa.

Kalau nak dikira-kira, entah-entah sama saja bilangan strawberi yang masuk ke dalam perut dan yang dipetik untuk dibeli bawa pulang (silap-silap yang masuk dalam perut lagi banyak).

Strawberi pun merah-merah dan manis.┬áMemang lainlah dengan yang ditanam di Cameron Highland. Menurut kata kawan saya yang dulunya bekerja sebagai pemetik strawberi, strawberi yang manis ini kategori A. Jenis yang boleh makan terus. Kalau yang dibuat jem itu kategori B atau C sebab yang itu mungkin ada ‘defect’ jadi lebih baik dilumatkan jadi perisa atau jem sahaja.

Ini pun salah satu aktiviti menghilangkan ‘stress’ waktu buat PhD. Hilangkan stress dengan makan buah. Tak menggemukkan, insyaAllah :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>