Kembara PhD – Sebuah Bukit di Tepi Surau

Bukit di tepi surau

Setiap hari, waktu pergi ke pejabat dan pulang ke rumah, saya akan melalui bukit ini. Terletak di tempat yang strategik, mahu pergi surau pun akan lalu bukit ini, mahu bagi makan itik pun akan lalu tempat ini.

Waktu konvokesyen pun ramai yang bergambar di sini.

Saya pula, kadang-kadang akan duduk di sini, bukan untuk bergambar, tapi untuk berfikir.

Mula-mula fikir tentang kajian PhD

Waktu tengah pening, fikir tentang bagaimana nak tulis kod dengan betul, bagaimana nak hasilkan perisian baru

Waktu gagal….

…saya fikir kenapa saya boleh gagal. Saya duduk di bukit ini termenung. Tengok pokok. Tengok kolam. Tengok itik.

“Senang jadi kau, itik. Tak payah susah-susah fikir nak buat PhD.” Bercakap dalam hati.

Selalunya memang tiada jawapan yang saya boleh fikirkan. Cuma buang masa saja duduk dan termenung, berfikir seorang diri di bukit ini.

Hidup kita pun kadang-kadang macam berada di satu bukit. Kalau kita duduk di kaki bukit, banyak benda kita tak nampak. Kita mungkin rasa sesak dan sempit.

Kalau kita daki bukit ini, kita rasa letih juga. Ada yang terus sampai atas, ada yang tergelincir. Maklumlah bila musim sejuk, banyak ‘frost’.

Tapi kalau kita daki sikit saja lagi, berdiri di puncak bukit, pandangan kita lebih luas. Banyak benda kita nampak. Banyak peluang kita nak teroka. Lebih lapang, dan lebih lega rasanya.

Habis mengelamun, surau pun ada di sebelah, untuk saya munajat pada-Nya, mengadu, memohon jawapan.

Hidup ini memang benar-benar satu ujian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>