Profil

Assalamualaikum warahmatullah.

Para pembaca yang budiman,

Saya diberi nama Ahmad Affzan oleh kedua-dua ibu dan bapa saya. Dilahirkan di Ledang, Johor pada tahun 1979.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Ismail Satu, Muar. Kemudian melanjutkan pelajaran di SMKA Maahad, Muar.

Menyambung pengajian ke peringkat A-Level di Bedford Modern School sebelum memulakan pengajian ijazah dan sarjana di Imperial College, London.

Berkelulusan MEng Information Systems Engineering.

Pernah bertugas sebagai pendidik, namun gagal mendapatkan ijazah PhD lalu bertukar kerjaya sebagai:

Pembekal alatan makmal,

pengusaha butik busana muslimah,

penterjemah.

Kini mengusahakan perniagaan membaiki skrin LCD/LED untuk komputer riba, monitor dan TV, sambil masih lagi menjadi penterjemah secara ‘part-time’.

Blog ini pernah hidup satu masa dahulu, namun ditutup seketika kerana serangan ‘spammer’

Kini saya mahu menulis kembali.

Tulis pengalaman diri, tulis kisah hidup, kongsi ilmu dan kongsi hasil seni saya untuk rujukan diri sendiri dan untuk kritikan.

Nabi Muhammad S.A.W. tinggalkan kita legasi Islam melalui al-Quran dan hadith serta akhlak Baginda yang mulia.

Semoga ada legasi baik yang saya tinggalkan untuk anak isteri dan umat manusia seluruhnya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>